Monday, June 13, 2016

Bila bahasa mula rosak







Selalunya bahas ini jd rosak bila dalam khidmat pesanan ringkas..ceyh nak lebih singkat lg SMS laa..dh nme pon khidmat pesanan ringkas,of course la ada ayat short form kan..mmg x dpt dinafikan entry ni pon byk short form tapi2 x de la smpai short form 2 smpai buat kte pning mmikirkan ape bnde alah tu..hahaha..emm satu lagi yang selalunya jadi kebiasaan kat Malaysia ni ialah BM+BI..kalau ckp BM ,BM je la..tak yah la nak rojakkan bahasa tu.. (contoh bahasa yang rosak)
p/s:saya pun selalu juga wat mcm tu..hehehe


Jom kita intai - intai.........

















Sayangilah bahasa kita. Cintailah bahasa kebangsaan kita..


Tugasan Blog

Akhirnya wujudlah blog ini yang menghimpunkan segala tugasan sebagai melengkapkan keperluan melengkapi syarat kursus BBM 3412 Teknologi Maklumat, Bahasa dan Kesusasteraan. Lawatlah ke laman blog saya sekiranya berkesempatan di http://mohdfadhlyroslei.blogspot.my/

Profil diri saya


Komen di Blog






Tugasan Instagram

Penggunaan teknologi memang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia pada masa kini. Selain daripada Facebook dan Twitter, Instagram juga kini menjadi kegilaan setiap masyarakat tanpa mengira umur dan jantina. Jika ada kelapangan, singgahlah ke laman Instagram saya https://www.instagram.com/fadhlyroslei.

Profil diri saya

Mutiara Kata














Komen di Instagram











Tugasan Twitter

Kalau tadi kita dah ber'FB', jom kita berpindah ke satu lagi jenis contoh meda sosial iaitu Twitter. Rasanya tidak keterlaluan kalau saya katakan 'Twitter' ini lebih menjurus ke arah menyampaikan pesanan kita secara langsung dengn cepat. Kalau kita perhatikan jumlah aksara/ karekter di ruangan komen juga amat terhad. Sila tinggalkan komen anda di laman Twitter saya nanti di https://twitter.com/FadhlyRoslei


Profil diri saya

Kata - kata Hikmat






Komen




Tugasan Facebook

Kali ini kita akan berpantun. nampak macam pelik pulak tiba-tiba ada orang berpantun dalam Facebook. Tapi itulah tugasannya, membawa Bahasa kearah kemodenan Teknologi. Sambil tu silalah lawat ke laman peribadi saya di https://www.facebook.com/mohd.fadhly.roslei. 

Profil diri saya. Abaikan dua orang 
budak kecik kat atas tu.

Lagu pilihan dendangan Tan Sri Sm Salim, Jamal Abdillah 
dan Usop Kopratasa.

Lagu Zaman 


Bagai sireh pulang dalam gagang, seri cemerlang
Bukanlah sebarang siapa jua boleh menyanyikan

Hamba pun menumpang sama menyanyikan
Lagu zaman yang berzaman
Lagu lama dengan rasa
Cara kita orang timur
Tak mengapa asal suka budaya kita

Maafkalah hamba andai ada terkurang adatya
Begini suara hasrat hati ingin bersama

Hamba mengerti hasrat yang murni
Kayakan lagi adat sendiri

Hamba pun menumpang sama menyanyikan
Lagu zaman yang berzaman
Lagu lama dengan rasa
Cara kita orang timur
Tak mengapa asal suka budaya kita

Maafkalah hamba andai ada terkurang adatya
Begini suara hasrat hati ingin bersama
Hamba mengerti hasrat yang murni
Kayakan lagi adat sendiri



Komen Berpantun





Komen orang lain di facebook




BBM 3412 : One Shot Video

Assalamualaikum w.b.t......
Tidak tahulah bagaimana tiba - tiba boleh terminat lagu 'Hang Pi Mana'.
Kemungkinan kerana liriknya yang agak 'sempoi' dan bersahaja.
Tidak terlalu berat dan agak mudah difahami.
Apa - apa pun di sebalik lagu ini, sebenarnya ada mesej yang hendak disampaikan.
Terima kasih kepada Saudaraku Naim Nizan dari Kumpulan VR 2.
Beliau sudi meminjamkan studionya yang mini itu..
Apa lagi, selamat terhibur.. Jangan kecam saya.




Saturday, June 11, 2016

BEHAVIORIS

TEORI BEHAVIOR

                 Bahasa boleh ditakrifkan dengan pelbagai definisi. Ianya boleh ditakrifkan sebagai satu aspek tingkah laku manusia yang melibatkan proses penggunaan vokal bunyi dalam satu corak yang bermakna. Apabila ianya digunakan, akan keluar simbol bertulis bagi membentuk perasaan untuk berkomunikasi dari sudut perasaan dan fikiran (Harris and Sipay, 1970 : 4). Kebanyakkan proses berbahasa ini tidaklah melibatkan penggunaan fizikal yang dapat dilahirkan secara zahir. Sebaliknya ianya hanya melibatkan aktiviti mental dalam minda yang boleh dinilai secara berterusan.
Menurut teori behavioris ini yang terpenting adalah input atau stimulus dan output yang berupa respons. Apa yang terjadi diantara stimulus dan respons itu dianggap tidak penting untuk diperhatikan sebaliknya yang menjadi watak utama adalah proses stimulus dan respons itu sendiri. Menurut teori behaviorisme apa saja yang diberikan guru (stimulus) dan apa saja yang dihasilkan oleh responden semua haruslah boleh dinilai dan diukur. Faktor lain yang penting adalah faktor penguat (reinforcement). Penguat adalah apa sahaja perkara yang dapat memperkuatkan kehadiran respons. Apabila terdapat unsur ­ unsur yang positif maka respons juga akan semakin kuat. Begitu juga terjadi apabila terdapat unsur ­ unsur negatif. Respons pun akan tetap dikuatkan. Sebagai contoh apabila seorang anak semakin rajin belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang, maka anak tersebut akan mendapat ganjaran yang setimpal. Inilah yang dipanggil penguat positif. Tetapi apabila anak tersebut tidak mendapat keputusan yang cemerlang, maka dia akan kuat belajar untuk memastikan dia mendapat ganjaran tersebut.
            
           Aktiviti pemprosesan bahasa di minda kita juga boleh disimpulkan melalui kaedah pemerhatian tingkah ­ laku. Namun begitu, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pembelajaran dan pengajaran bahasa ini. Behaviorisme merupakan perkara yang penting dalam pembelajaran. Pada lewat kurun ke 19, ada pendapat mengatakan tidak ada perkara lain yang wujud selain sifat kebendaan. Sifat kebendaan ini merujuk kepada behaviorisme itu sendiri. Behavioris menggambarkan bahawa segala ­ galanya perlu digambarkan sebagai satu proses fizikal yang mudah. Mereka cuba menafikan pengaruh psikologi terhadap tingkah laku manusia termasuklah dari sudut bahasa dan pertuturan (Lyons,1981:242). Sesuatu bahasa asing yang dipelajari tidak mempunyai hubung kait dengan negara itu sendiri. Ianya hanyalah sekadar pertuturan untuk berkomunikasi dengan penutur asli bahasa itu sahaja. Bloomfield merupakan seorang tokoh yang penting dalam teori behaviorisme ini. Dia sendiri mendifinisikan prinsip ­ prinsip utama behaviorisme adalah bahasa itu merupakan tingkah laku itu sendiri. Pada seorang behavioris, dengan pembelajaran bahasa asing, ianya merujuk kepada perubahan tingkah laku manusia itu sendiri. Ia juga merujuk kepada pengetahuan bahasa kedua, mengetahui peraturan bahasa dan dapat menggunakan bahasa tersebut. Prosses pengajaran merupakan satu proses yang memudahkan proses pembelajaran sesuatu bahasa itu.

             Manusia dilahirkan dengan lembaran kosong yang akhirnya diisikan dengan bahasa dan menjadi tingkah laku yang digunakan. Menurut mereka lagi, bahasa merupakan satu amalan dan proses sosial yang digunakan dan diamalkan oleh manusia walaupu mereka mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Ianya bukanlah berkaitan dengan individu sahaja sebaliknya berkaitan dengan masyarakat sekeliling. Behavioris juga percaya sesuatu bahasa itu merupakan satu sistem yang bercorak untuk memperlihatkan taraf perbezaan di dalam sesebuah masyarakat.
Pembelajaran bahasa merupakan satu cara membentuk tingkah laku dan keperibadian manusia. Ianya berlaku dalam keadaan kita sedar dan mula berubah kepadanya. Bahasa menjadi tingkah laku apabila dipelajari dengan cara yang betul dan beradab. Melalui pembelajaran bahasa, ransangan tindak balas amatlah diharapkan dan menjadi salah satu prinsip utama kepada behavioris. Dalam pembelajaran bahasa, proses pengukuhan, pengulangan, percubaan dan melakukan kesilapan yang banyak akan sentiasa berulang. Cara terbaik menanganinya dengan cara motivasi. Secara tidak langsung prinsip ­ prinsip psikologi turut ditekankan dalam proses pembelajaran bahasa ini. Bahasa adalah sesuatu yang universal. Oleh itu, banyak faktor ­ faktor luaran dan persekitaran yang ditekankan seperti masyarakat, fakta psikologi dan lain lain. Namun begitu masih terdapat kelemahan dalam teori behavioris ini. 

       Behavioris menyatakan proses pembelajaran bergantung kepada prinsip ransangan dan gerak balas. Namun perkara itu amat sukar untuk diterapkan dalam proses pembelajaran bahasa. Selain itu, mereka juga mendakwa semua jenis tingkah laku dapat dijelaskan tetapi pemikiran yang kompleks dalam bahasa sukar untuk dijelaskan dalam bentuk tingkah laku. Proses pembelajaran bahasa juga perlu mengambil masa yang agak lama untuk dikuasai dan dipelajari memandangkan behavioris mengamalkan kesinambungan ransangan dan gerak balas dalam proses pembelajaran. Skinner juga menekankan teori stimulus dan respon apabila menerangkan perkembangan bahasa. Apabila seseorang belajar bertutur, orang yang berada di sekeliling perlu memberi respons positif sebagai ransangan kepada inidvidu itu. Ianya akan menyebabkan individu itu lebih cenderung untuk mengulang proses pembelajaran itu.