Saturday, June 11, 2016

BEHAVIORIS

TEORI BEHAVIOR

                 Bahasa boleh ditakrifkan dengan pelbagai definisi. Ianya boleh ditakrifkan sebagai satu aspek tingkah laku manusia yang melibatkan proses penggunaan vokal bunyi dalam satu corak yang bermakna. Apabila ianya digunakan, akan keluar simbol bertulis bagi membentuk perasaan untuk berkomunikasi dari sudut perasaan dan fikiran (Harris and Sipay, 1970 : 4). Kebanyakkan proses berbahasa ini tidaklah melibatkan penggunaan fizikal yang dapat dilahirkan secara zahir. Sebaliknya ianya hanya melibatkan aktiviti mental dalam minda yang boleh dinilai secara berterusan.
Menurut teori behavioris ini yang terpenting adalah input atau stimulus dan output yang berupa respons. Apa yang terjadi diantara stimulus dan respons itu dianggap tidak penting untuk diperhatikan sebaliknya yang menjadi watak utama adalah proses stimulus dan respons itu sendiri. Menurut teori behaviorisme apa saja yang diberikan guru (stimulus) dan apa saja yang dihasilkan oleh responden semua haruslah boleh dinilai dan diukur. Faktor lain yang penting adalah faktor penguat (reinforcement). Penguat adalah apa sahaja perkara yang dapat memperkuatkan kehadiran respons. Apabila terdapat unsur ­ unsur yang positif maka respons juga akan semakin kuat. Begitu juga terjadi apabila terdapat unsur ­ unsur negatif. Respons pun akan tetap dikuatkan. Sebagai contoh apabila seorang anak semakin rajin belajar dan mendapat keputusan yang cemerlang, maka anak tersebut akan mendapat ganjaran yang setimpal. Inilah yang dipanggil penguat positif. Tetapi apabila anak tersebut tidak mendapat keputusan yang cemerlang, maka dia akan kuat belajar untuk memastikan dia mendapat ganjaran tersebut.
            
           Aktiviti pemprosesan bahasa di minda kita juga boleh disimpulkan melalui kaedah pemerhatian tingkah ­ laku. Namun begitu, setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai pembelajaran dan pengajaran bahasa ini. Behaviorisme merupakan perkara yang penting dalam pembelajaran. Pada lewat kurun ke 19, ada pendapat mengatakan tidak ada perkara lain yang wujud selain sifat kebendaan. Sifat kebendaan ini merujuk kepada behaviorisme itu sendiri. Behavioris menggambarkan bahawa segala ­ galanya perlu digambarkan sebagai satu proses fizikal yang mudah. Mereka cuba menafikan pengaruh psikologi terhadap tingkah laku manusia termasuklah dari sudut bahasa dan pertuturan (Lyons,1981:242). Sesuatu bahasa asing yang dipelajari tidak mempunyai hubung kait dengan negara itu sendiri. Ianya hanyalah sekadar pertuturan untuk berkomunikasi dengan penutur asli bahasa itu sahaja. Bloomfield merupakan seorang tokoh yang penting dalam teori behaviorisme ini. Dia sendiri mendifinisikan prinsip ­ prinsip utama behaviorisme adalah bahasa itu merupakan tingkah laku itu sendiri. Pada seorang behavioris, dengan pembelajaran bahasa asing, ianya merujuk kepada perubahan tingkah laku manusia itu sendiri. Ia juga merujuk kepada pengetahuan bahasa kedua, mengetahui peraturan bahasa dan dapat menggunakan bahasa tersebut. Prosses pengajaran merupakan satu proses yang memudahkan proses pembelajaran sesuatu bahasa itu.

             Manusia dilahirkan dengan lembaran kosong yang akhirnya diisikan dengan bahasa dan menjadi tingkah laku yang digunakan. Menurut mereka lagi, bahasa merupakan satu amalan dan proses sosial yang digunakan dan diamalkan oleh manusia walaupu mereka mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Ianya bukanlah berkaitan dengan individu sahaja sebaliknya berkaitan dengan masyarakat sekeliling. Behavioris juga percaya sesuatu bahasa itu merupakan satu sistem yang bercorak untuk memperlihatkan taraf perbezaan di dalam sesebuah masyarakat.
Pembelajaran bahasa merupakan satu cara membentuk tingkah laku dan keperibadian manusia. Ianya berlaku dalam keadaan kita sedar dan mula berubah kepadanya. Bahasa menjadi tingkah laku apabila dipelajari dengan cara yang betul dan beradab. Melalui pembelajaran bahasa, ransangan tindak balas amatlah diharapkan dan menjadi salah satu prinsip utama kepada behavioris. Dalam pembelajaran bahasa, proses pengukuhan, pengulangan, percubaan dan melakukan kesilapan yang banyak akan sentiasa berulang. Cara terbaik menanganinya dengan cara motivasi. Secara tidak langsung prinsip ­ prinsip psikologi turut ditekankan dalam proses pembelajaran bahasa ini. Bahasa adalah sesuatu yang universal. Oleh itu, banyak faktor ­ faktor luaran dan persekitaran yang ditekankan seperti masyarakat, fakta psikologi dan lain lain. Namun begitu masih terdapat kelemahan dalam teori behavioris ini. 

       Behavioris menyatakan proses pembelajaran bergantung kepada prinsip ransangan dan gerak balas. Namun perkara itu amat sukar untuk diterapkan dalam proses pembelajaran bahasa. Selain itu, mereka juga mendakwa semua jenis tingkah laku dapat dijelaskan tetapi pemikiran yang kompleks dalam bahasa sukar untuk dijelaskan dalam bentuk tingkah laku. Proses pembelajaran bahasa juga perlu mengambil masa yang agak lama untuk dikuasai dan dipelajari memandangkan behavioris mengamalkan kesinambungan ransangan dan gerak balas dalam proses pembelajaran. Skinner juga menekankan teori stimulus dan respon apabila menerangkan perkembangan bahasa. Apabila seseorang belajar bertutur, orang yang berada di sekeliling perlu memberi respons positif sebagai ransangan kepada inidvidu itu. Ianya akan menyebabkan individu itu lebih cenderung untuk mengulang proses pembelajaran itu.

No comments:

Post a Comment